Pembantu Rumah Wanita Indonesia di Malaysia: Masalah dan Cabaran

Authors

  • Mohd Roslan Mohd Nor dkk Fakultas Tarbiyah Universitas Darussalam Gontor

DOI:

https://doi.org/10.21111/at-tadib.v7i1.530

Keywords:

Pembantu rumah Indonesia, pekerja domestik, pekerja wanita, majikan Malaysia, masalah dan cabaran pembantu rumah.

Abstract

Hubungan diplomatik yang terjalin di antara Malaysia dan Indonesia seringmengalami pasang dan surutnya. Walaupun begitu, kesedaran pemimpin keduaduabuah negara khususnya bagi mengekalkan hubungan tersebut telahmenyebabkan pelbagai usaha dilakukan dalam menyelesaikan pelbagai isu yangmendatang. Hal ini termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan hal-halkemasyarakatan dan ekonomi. Ini kerana kemakmuran sesebuah negara adalahbergantung kepada kesejahteraan rakyatnya di mana hak-hak mereka mestilahdipenuhi dan keadilan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Namun sehinggakini, isu atau masalah mengenai pembantu rumah wanita warganegara Indonesiakhususnya yang bekerja di Malaysia masih lagi hangat diperkatakan. Secarapuratanya, lebih daripada 90% pembantu rumah di Malaysia adalah merupakanwarganegara Indonesia. Sepertimana laporan yang dikeluarkan oleh HumanRights Watch (HRW) suatu ketika dahulu, beribu-ribu pembantu rumah Indonesiayang bekerja di Malaysia menghadapi penderaan dan dalam kesengsaraandisebabkan polisi-polisi kerajaan di kedua-dua negara yang gagal untuk memberiperlindungan kepada mereka. Begitu juga dengan laporan HRW yang telahmendokumentasikan bagaimana pada kebiasaannya mereka akan bekerja tanparehat selama 16 hingga 18 jam sehari, 7 kali seminggu dan meraih pendapatanyang kurang daripada AS $0.25 sejam. Namun tidak kurang juga bagi sesetengahkes yang melibatkan kecurian dan kezaliman yang dilakukan terhadap majikanmereka di atas kepercayaan yang diberikan. Oleh yang demikian, skop perbincangan yang akan dilaksanakan bagi kertas kerja ini adalah masalah dancabaran yang dihadapi sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini danhak-hak pekerja khususnya wanita. Begitu juga dengan usaha-usaha yang dilakukanoleh kedua-dua buah negara dalam mengatasi hal tersebut dan kepentinganmenjalinkan hubungan yang harmoni di antara kedua-dua buah negara.

Downloads

Published

2012-06-25

How to Cite

dkk, M. R. M. N. (2012). Pembantu Rumah Wanita Indonesia di Malaysia: Masalah dan Cabaran. At-Ta’dib, 7(1). https://doi.org/10.21111/at-tadib.v7i1.530